Wednesday, April 24, 2013

Situasi 17



Situasi 17:
Bahasa Rahsia

Muzium Pertahanan Awam Malaysia

Bahasa Rahsia adalah bahasa yang biasanya digunakan dalam bidang perisikan, pengedaran dadah dan juga segala bentuk yang bersifat rahsia untuk fahaman umum. Namun ia juga biasa digunakan dalam konteks masyarakat kita sendiri yang difahami oleh ruang lingkup golongan tertentu.
     Biasanya saya dan kakak saya juga menggunakan bahasa rahsia untuk mengelakkan anak-anak saudara saya yang masih kecil dalam lingkungan 3 hingga 6 tahun memahami isi perbualan kami. Contohnya:
        Kakak: Nak ke mana?
Saya: Ema nak ke K. E. D. A. I sekejap.
Kakak: Jangan beli G.U.L.A. G.U.L.A dah la yer.
Kebiasaannya apabila perkataan ‘kedai’ disebut, anak-anak saudara saya akan bergegas mengekori saya dan untuk mengelak segala perbuatan-perbuatan mereka, saya dan kakak akan mengeja perkataan yang boleh memberikan refleksi negatif daripada mereka.
Ulasan:
Bahasa Rahsia ini kadang kala membawa reaksi negatif dan positif bagi masyarakat sekeliling. Namun dalam bidang perisikan, bahasa Rahsia digunakan dengan meluas bagi mengukuhkan pertahanan sesebuah organisasi. Untuk mempelajari bahasa rahsia yang pernah digunakan oleh Tentera, kita boleh rujuk kepada muzium Pertahanan yang menempatkan pelbagai tipu daya serta contoh bahasa Rahsia yang digunakan.

No comments:

Post a Comment

Cute Flying Pink Bird