Wednesday, April 24, 2013

Situasi 16



Situasi 16:
Pesta Bendera


Pada cuti semester yang lepas, saya berkesempatan pulang ke kampung halaman di Terengganu. Memandangkan pilihanraya umum akan dijalankan tidak lama lagi, maka kebanyakkan kampung-kampung dan kawasan bandar dipenuhi dengan bendera-bendera yang dipasang oleh penyokong parti-parti politik. Ini memperlihatkan ‘kemeriahan’ semasa pilihan raya umum yang melibatkan  Lebih menarik lagi apabila ‘ikon’ telah dicipta bagi melambangkan mesej tertentu yang ingin disampaikan. Jika diikutkan saya langsung tidak faham motif sebenar ‘ikon-ikon’ tersebut. Namun disebabkan kekreatifan pihak masing-masing berjaya menarik perhatian umum untuk dipersoalkan. Mungkin ini boleh dikatakan salah satu strategi unik yang telah direka oleh pihak masing-masing bagi menarik minat pengundi-pengundi.
Ulasan:
Musim mengundi telah menyebabkan masyarakat sibuk berkempen sehingga ada sesetengah yang terlalu obses dengan pilihan masing-masing. Pesta bendera ketika pilihan raya sangat berbeza dengan pesta bendera sewaktu hari Kemerdekaan.  Ini menunjukkan warga Malaysia sibuk berkempen apabila Pilihan raya, apabila tiba Hari Merdeka pula, sambutannya tidaklah semeriah musim Pilihan Raya. 

No comments:

Post a Comment

Cute Flying Pink Bird