Situasi 19:
Bahasa Terbalik
Bahasa terbalik bererti bahasa yang digunakan
dengan ayat yang maknanya berlawanan bagi kata-kata yang disampaikan. Namun
demikian, orang yang mendengar atau yang diajak bertutur akan faham akan maksud
yang sebenar.
Semasa
saya melayari sebuah laman sosial, tiba-tiba saya ternampak sebuah gambar yang
telah menarik perhatian saya.
Berbanding melarang pencuri melakukan perbuatan
mencuri di kawasan tersebut, penulis papan tanda tersebut lebih bijak
menggunakan ayat yang lebih baik dan sopan untuk menegur pencuri-pencuri di
situ. Sedangkan hakikat sebenarnya, mesej yang ingin disampaikan adalah
berlawanan dengan ayat tersebut. Susunan ayat yang digunakan sangat menarik dan
mampu memberi kesan kepada orang yang melakukannya. Bak kata pepatah ‘Siapa
yang makan cili, dia yang terasa pedasnya’.
Ulasan:
Penggunaan bahasa terbalik dikatakan boleh
memberi kesan kepada orang yang berbuat salah.
Ini boleh menimbulkan rasa serba salah pada mereka secara automatik
tanpa teguran yang berunsur kasar.
No comments:
Post a Comment