Wednesday, April 24, 2013

Situasi 20



Situasi 20:
‘Goreng Pisang’ @ ‘Pisang Goreng’

Sewaktu saya di kampung, ibu saya telah memesan saya untuk membeli sedikit keropok untuk minum petang. Perbualan antara saya dan penjual keropok tersebut:
Penjual: Adik nie nak ‘goreng pisang’ ke Keropok Lekor?
Saya:  Goreng Pisang? Saya nak Pisang Goreng je, bukan nak goreng pisang tu. Hahaha, bergurau saja kak…
Penjual: Ooo, akak tersilap yer dik. Maaflah, akak nie tak sekolah.
        Disebabkan masyarakat sudah terbiasa dengan sebutan ‘goreng pisang’, ini menyebabkan ianya tersebar luas dalam masyarakat. Kesalahan hukum DM atau Diterangkan dan Menerangkan merupakan perkara biasa dalam kehidupan seharian pada masa kini. Penggunaannya tanpa disedari oleh penutur bangsa Melayu sendiri. Hal ini sama juga dengan kesalahan hukum DM lain yang kerap digunakan dalam papan iklan danjuga papan tanda kedai seperti ‘ Amin Restoran’ dan lain-lain lagi.
Ulasan:
Hakikatnya, hanya pakar serta orang bahasa sahaja yang mempunyai pengetahuan dalam penggunaan hukum DM yang betul. Oleh itu, jika kita sebagai orang bahasa tidak menegurnya, sudah pasti kesalahan seperti itu semakin berleluasa dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Cute Flying Pink Bird