Situasi 21:
Rujukan hormat Penerima
surat.
Salah seorang sahabat saya
daripada fakulti lain telah merujuk kepada saya mengenai panduan menulis surat
rasmi kepada seorang Menteri. Dia berasa tidak yakin dengan penggunaan ayat
yang telah digunakan serta rujukan kehormat kepada pihak menteri tersebut.
Setelah diterangkan penggunaan bahasa
halus perlu ditekankan dalam surat tersebut serta mengenai beberapa panduan
rujukan kehormat, sahabat saya mula memahaminya dan dapat menulisnya dengan
tepat.
Rujukan kehormat berbeza setiap pangkat di negara kita. Berikut
merupakan panduan yang perlu diketahui oleh masyarakat:
Yang
Mulia – Digunakan untuk orang yang bergelar warisan, iaitu dipusakai
secara turun temurun.
Yang
Amat Berhormat – Ditujukan kepada Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Yang
Berhormat – Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, anggota
Parlimen, Senator, anggota Dewan Undangan Negeri dan anggota Majlis Mesyuarat
Kerajaan.
Yang
Amat Arif – Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo.
Yang
Arif – Hakim-hakim lain.
Yang
Amat Berbahagia – Tun, Toh Puan dan isteri Tuan Yang Terutama
Yang di- Pertua Negeri.
Yang
Berbahagia – Tan Sri, Puan Sri, Dato’ Seri, Datin Seri, Datuk, Datin, Datuk
Paduka dan Datin Paduka.
Yang
Amat Berusaha – Pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi
tidak mempunyai apa-apa gelaran.
Yang Berusaha –
pegawai tinggi kerajaan yang biasa.
Ulasan:
Penggunaan rujukan kehormat memperlihatkan
kesantunan berbahasa yang tinggi digunakan dalam masyarakat masih dijalankan di dalam negara
kita. Aspek kesantunan berbahasa ini merupakan warisan bangsa Melayu yang telah
wujud sejak dahulu lagi. Oleh itu, penggunaan bahasa halus yang digunakan
dengan penuh hormat, bersopan santun dan beradab tertib.
No comments:
Post a Comment