Situasi 24:
Nilai seorang ‘Datuk’
![]() |
Datuk Shah Rukh Khan |
Seorang teman saya telah
menceritakan pengalamannya bekerja di sebuah hospital Swasta di Ibu Kota Kuala
Lumpur. Sepanjang bekerja di hospital
tersebut, dia telah menceritakan bahawa dia pernah mendapat aduan daripada
seorang pesakit di situ kerana hanya
memanggilnya dengan panggilan Dr. sahaja, sedangkan pesakit tersebut telah
berpangkat Datuk Dr. Ali (bukan nama sebenar). Nasib menyebelahi teman saya
tersebut kerana menyelesaikan masalah tersebut secara baik dengan Datuk
tersebut.
Datuk ialah gelaran kehormat
bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan
Persekutuan, yakni oleh Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Negeri yang tidak
mempunyai sultan dan diketuai oleh Yang Dipertua seperti Melaka, Sarawak dan
Sabah. Hanya semata-mata tidak disebut gelaran kehormat kepada ‘Datuk’
tersebut, beliau telah memperbesarkan isu tersebut. Sedangkan terdapat
sesetengah yang menerima anugerah ‘Datuk’ bersikap merendah diri dengan
penggunaan ‘Datuk’ dalam kehidupannya.
Ulasan:
Jangan terlalu berbangga dengan anugerah yang
diperolehi. Bukan anugerah itu yang menentukan perjalanan hidup kita akan
datang. Hakikatnya, setiap manusia pasti
akan mengalami turun naik dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment