Friday, March 8, 2013

Situasi 4



Situasi 4:
Bahasa Slanga.


Hari ini, beberapa istilah bahasa slanga telah disebut dalam kelas Sosiolinguistik. Penggunaanya turut dikatakan merupakan bahasa yang biasanya digunakan oleh golongan remaja dalam perbualan seharian. Sesuai dengan pepatah ‘siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya’, saya turut berasa terkesan kerana turut sudah biasa menggunakan istilah-istilah bahasa slanga tersebut dan beberapa istilah slanga yang lain. Istilah ini telah menjadi kebiasaan antara saya dengan teman-teman yang rapat yang boleh dikatakan menunjukkan keakraban yang lebih erat antara kami semua. Ada yang berpendapat penggunaan tersebut bersifat kasar kerana mencabuli kesantunan dalam berbahasa. Namun, budaya antara masyarakat serta peringkat umur yang berbeza memperlihatkan perbezaan bagi sesetengah aspek dalam kehidupan seharian.

Contoh Istilah Bahasa Slanga:
‘Bro’
‘Gu’ ( Biasa digunakan di antara golongan remaja lelaki di Kelantan)
 ‘Boh’ (Biasa digunakan di antara golongan remaja lelaki di Terengganu)

Ulasan:
Walaupun penggunaan Istilah bahasa slanga ini semakin berleluasa, masih terdapat komuniti yang memandang serius isu ini dan berusaha memperkayakan penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian. Saya turut berasa terkesan dengan sebaris ayat dalam keratan artikel daripada majalah Dewan Bahasa yang berbunyi “ Apalah ertinya usaha pihak kerajaan yang bertungkus-lumus memartabatkan bahasa Melayu seandainya penutur natifnya bertindak mencemarkan bahasa Melayu dengan sewenang-wenangnya.”
Pulau Pangkor di atas peta,
Hendak dituju bersama si Musa;
Indah Buruk bahasa kita,
Semua berpaksi di jiwa bangsa.

No comments:

Post a Comment

Cute Flying Pink Bird