Friday, March 8, 2013

Situasi 5


Situasi 5:
“My Name is Eva”
 (Bukan gambar sebenar)

Situasi ini berlaku beberapa bulan yang lepas semasa cuti semester. Saya telah bekerja di sebuah kafe terletaknya di tengah ibu kota di Selangor sebagai seorang ‘Barista’. Penduduk kawasan tersebut kebanyakannya merupakan warga asing yang menuntut di salah sebuah kolej antarabangsa yang berdekatan dengan tempat kerja saya. Dipendekkan cerita,pada suatu hari ketika tamat syif saya berkerja, saya berkesempatan menegur seorang kanak-kanak bernama Eva yang merupakan cucu kepada pelanggan kami yang berbangsa melayu. Perbualannya:
      Saya: Hai, adik nama apa?
          Eva: …… (Tiada jawapan)       
      Sedang saya cuba berusaha bertanya nama kepada kanak-kanak tersebut, lalu neneknya mencelah dan mengatakan bahawa cucunya tidak pandai berbahasa Melayu kerana  ibu bapanya tidak menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di rumah dan dia hanya boleh berbahasa Inggeris.  Saya terkesima. Bagaimana seorang kanak-kanak berbangsa Melayu sendiri tidak di ajar untuk berbahasa Melayu di dalam negara kita sendiri. Akhirnya, saya mengubah soalan yang diajukan sebelum itu dalam bahasa Inggeris.
      Saya: What is your name?
          Eva:  Eva….. (Saya terlupa nama penuhnya)
          Saya: How old are you. You are not going school today?
          Eva: I’m 5 years old. No aunty, I just following granny for today.
Ulasan:
Masyarakat yang mengamalkan budaya hidup moden lebih terarah dengan mengikuti budaya luar dan mengagungkan bahasa barat berbanding bahasa ibunda sendiri.  Sedikit demi sedikit merubah budaya asal yang menjadi warisan bumi Tanah Melayu.
Enggang bertenggek di pohon duku,
Sebelum hinggap di pohon ru;
Ke mana hilangnya bahasa bondaku,
Sehingga dilupa di dunia baru 

No comments:

Post a Comment

Cute Flying Pink Bird