Situasi 7:
Bahasa Nonverbal ‘Gambar’
Situasi ini berlaku dalam
kelas antara saya dengan dua orang sahabat rapat saya. Semasa proses
pembelajaran, saya melihat sahabat ‘A’ telah memberikan sesuatu berbentuk nota
kepada sahabat ‘B’. Tidak lama selepas itu, sahabat ‘B’ memberikan nota
tersebut kepada saya. Daripada nota tersebut, saya dapat lihat urutan gambar
yang dilukis oleh sahabat ‘A’ dan pada urutan gambar baris kedua pula lukisan
oleh sahabat ‘B’. Pada asalnya, saya langsung tidak memahami maksud
terselindung yang ingin disampaikan oleh sahabat ‘A’ dan ‘B’ melalui lukisan
gambar-gambar tersebut kepada saya. Namun setelah diberikan penjelasan oleh
sahabat ‘B’, saya mulai faham dan mula membalasnya dengan melukis beberapa
gambar yang membuatkan mereka turut tidak memahami isi tersirat yang ingin saya
sampaikan.
Maksud gambar tersebut:
Sahabat ‘A’ = “ Ema beli kat
mana pen hitam yang aku guna?”
Sahabat ‘B’ = “ Tak tahu.”
Saya = “ B.O.L.O.K” (Bererti sikap sahabat saya yang tidak berapa
betul)
Ulasan:
Komunikasi non-verbal atau komunikasi bukan
lisan merupakan segala bentuk cara berkomunikasi tanpa melibatkan
perkataan. Walaupun komunikasi yang
sahabat saya sampaikan adalah semata-mata untuk tujuan bergurau senda,
komunikasi yang ingin disampaikan turut merupakan antara proses interaksi
antara 2 pihak.
Disebalik
lukisan tersirat makna,
Ada yang
luas, ada yang sempit,
Jika
pandai kita guna,
Sudah
tentu tidak tersepit.
No comments:
Post a Comment