Tuesday, March 19, 2013

Situasi 8



Situasi 8:
‘Selamat Hari Jadi’


14 Mac 2013 pada baru-baru ini merupakan hari lahir yang ke 61 ibu tercinta saya. Seperti rakan-rakan lain, saya juga mahu mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ibu saya. Namun,disebabkan satu peristiwa lama yang melibatkan ayah saya, sambutan hari jadi  serta ucapan hari jadi tidak pernah diamalkan di dalam rumah saya, kecuali ucapan-ucapan antara abang-abang dan kakak-kakak saya sahaja. Semasa umur saya masih di peringkat menengah rendah, kakak saya yang sulung pernah mengadakan majlis sambutan hari jadi dirumah memandangkan hari jadi saya,kakak serta ayah saya berurutan iaitu 2,3 dan 4 Mei. Ibu saya cuba memanggil ayah saya untuk turut serta majlis tersebut. Namun, ayah saya menolak. Saya sempat mendengar ayah saya mengatakan dengan kuat bahawa budaya sambut hari jadi adalah budaya orang barat dan bukan budaya kita. Sejak hari itu, tiada langsung istilah Selamat Hari Jadi kepada Ibu dan Ayah saya. Akan tetapi, pada 14 Mac baru-baru ini,  saya memberanikan diri  untuk ucapkan Selamat Hari Jadi kepada ibu saya dan ibu saya menerimanya dengan ucapan terima kasih. Pada awalnya, memang saya khuatir akan dimarahi oleh ibu kerana peristiwa yang pernah berlaku suatu ketika dulu.
Ulasan:
Amalan Stereotaip negatif kepada budaya barat pada masyarakat tua atau luar bandar sangatlah kuat. Tanggapan tersebut boleh memberi kesan yang amat kuat kepada perkembangan serta kemajuan negara kita kerana tidak semua budaya barat adalah bersifat negatif.
Bunga mawar dipetik si kaya,
Habis  berdarah terkena duri;
Dunia baru merubah budaya,
Jangan sampai terlupa diri.

No comments:

Post a Comment

Cute Flying Pink Bird