Situasi 9:
‘Bahasa Sindiran’
Dialog situasi antara saya
dengan seorang rakan sekelas yang saya temui di sebuah pasar raya di Tanjung
Malim:
Saya: Eh, buat ape kat sini?
Shopping ke?
Sahabat: Tak la, kitaorang
datang tengok wayang kat sini.
Dialog seperti sering berlaku
dalam situasi masyarakat dalam kehidupan seharian. Pada zahirnya, komunikasi
sebegini mampu memberikan impak negatif kepada si pendengar. Walaupun ia hanya
satu bentuk gurauan, masih terdapat sesetengah orang yang mudah berasa sensitif
apabila disindir sebegitu. Walau pada asalnya niatnya adalah positif, iaitu
menegur seseorang yang dikenali secara tiba-tiba, namun jika niat baik sahabat
tersebut dibalas dengan sindiran, kemungkinan tercetus niat negatif
seperti tidak akan menjalinkan sebarang
komunikasi lagi dengan pihak tersebut.
Ulasan:
Terdapat juga bentuk sindiran yang berbentuk positif
yang mampu memberi rangsangan positif kepada seseorang. Oleh itu, sebelum
memulakan kata-kata, berhati-hatilah
supaya lidah kita yang tajam ini tidak melukakan hati pendengar.
Terlajak
perahu masih boleh diundur;
Terlajak
kata buruk padahnya.
Terlajak
perahu masih boleh diundur lagi,
Terlajak
kata hilang percaya.
No comments:
Post a Comment