Tuesday, April 9, 2013

Situasi 10


Situasi 10:
Budi Bahasa Budaya Kita




Situasi ini sering berlaku dalam ruang kelompok pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ini sendiri. Konteks pelajar universiti sendiri yang tidak pandai berbudi bahasa.
       Pada hari tersebut, disebabkan hujan yang mencurah-curah turun dengan lebatnya menyebabkan saya telah mengambil inisiatif untuk menggunakan bas Universiti untuk ke kelas.  Kebiasaannya saya akan menggunakan pengangkutan sendiri untuk ke kelas, sama ada di kampus baru atau di kampus lama. Atas desakan rakan-rakan saya, kerana cuaca hujan diselangi dengan ribut petir, saya terpaksa membatalkan niat tersebut. Semasa menaiki bas untuk ke kampus, keadaan masih tenang, namun ketika saya dan rakan-rakan ingin menaiki bas untuk pulang, yang mana sewaktu itu, jam menunjukkan pukul 7.00 petang, keadaan menjadi kacau-bilau dan huru-hara disebabkan masing-masing berebut untuk naik ke atas bas. Saya turut dihimpit dalam keadaan yang berasak-asak tersebut. Ada yang menjerit, saling marah memarahi dan bertolak-tolak semata-mata untuk naik ke dalam bas. Hakikatnya, bas tersebut semestinya mampu menampung sebilangan pelajar yang berhimpit-himpit tersebut. Kalau dulu, bas yang sering dipersalahkan, namun kini, pelajar-pelajar tersebut yang perlu dipersalahkan atas tiada tatatertib yang sesuai ketika menaiki bas. Semenjak hari tersebut, saya bertekad untuk menggunakan pengangkutan sendiri walaupun terpaksa kehujanan untuk ke kelas.
Ulasan:
Pelajar disini kebanyakannya bakal bergelar seorang pendidik. Jika guru sendiri tidak mampu berbudi bahasa dan bertatatertib dengan baik, bagaimana mereka mampu memberi tunjuk ajar yang betul kepada pelajar-pelajar mereka kelak. Mereka harus bijak bertindak mengikut situasi tertentu dan mampu tunjukkan mereka sebagai model yang boleh menjadi teladan kepada pelajar.
Orang berbudi, kita berbudi,
Orang berbahasa kita berbahasa.

No comments:

Post a Comment

Cute Flying Pink Bird