Situasi 11:
‘Bahasa Rojak’
Sewaktu berada di dalam sebuah kelas
subjek universiti, saya cukup terkesan dengan penggunaan bahasa yang telah
digunakan oleh pensyarah tersebut. Sebagai pelajar di dalam kursus bahasa
Melayu, saya dan beberapa teman hanya mampu tersenyum dan memberi tanggapan
negetif terhadap pensyarah tersebut. Sebagai pelajar, kami tiada kelayakan
untuk menegur sendiri mengenai isu tersebut. Sewaktu dalam proses P&P pensyarah
tersebut kerap menggunakan bahasa rojak yang mana bercampur baur bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris dalam pembelajarannya. Jika ia hanya melibatkan
penggunaan istilah bahasa Inggeris yang sedikit sahaja, kami tidak akan
mempersoalkannya, namun, apabila melibatkan sejumlah ayat bahasa Inggeris yang
berlebihan, ia akan menjadi salah satu isu bahasa dalam aspek Pengajaran dan
Pembelajaran. Sedangkan dalam dasar kerajaan Malaysia sendiri telah menetapkan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam semua keadaan atau
aktiviti formal di dalam negara
termasuklah dalam konteks Pengajaran di Universiti.
Ulasan:
Bahasa Rojak mempunyai
pengaruh yang sangat tinggi dalam masyarakat terutama masyarakat bandar. Percampuran dua bahasa
terutamanya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadikan kewujudnya budaya ini
dalam konteks formal seperti situasi yang telah saya alami sendiri iaitu dalam
suasana P&P. Pemimpin perlu peka dengan sikap mereka terhadap bahasa bagi
menunjukkan mereka tergolong dalam golongan yang berpelajaran serta menjadi
titik tolak dari sudut pengaruh mereka dalam masyarakat.
Emas
putih emas suasa,
Molek dihias
sang perawan;
Kalau pemimpin
abaikan bahasa,
Nasib bangsa
menjadi rawan.
No comments:
Post a Comment