Wednesday, April 10, 2013

Situasi 14


Situasi 14:
Luarnya lain, Dalamnya lain.

Sebelum ini saya pernah bercerita  mengenai adik Aiman dan Amirul. Sekarang pula, saya akan bercerita mengenai sesorang yang berjaya menarik perhatian saya ketika berada di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di Chemor, Perak. Semasa majlis perasmian penutup program tersebut, saya terpaku melihat peneraju sebenar rumah anak yatim tersebut.  Melihat pemakaiannya yang sangat berbeza menyebabkan bukan saya sahaja yang terkejut, malahan teman-teman yang lain juga turut bereaksi seperti saya.  Pandangan pertama saya melihat peneraju yayasan tersebut atau dikenali Dr Faridah merupakan seorang yang suka ‘melaram’. Namun sewaktu tiba masa beliau berbicara, ternyata personalitinya sangat berbeza dengan pandangan kami. Beliau mempunyai perwatakan yang sangat ramah, baik serta merendah diri. Walaupun berpangkat ‘Dr’ beliau telah memperkenalkan dirinya sebagai Ibu Faridah untuk merapatkan hubungannya dengan kami serta anak-anak dirumah anak yatim tersebut.  Ibu Faridah menerangkan bahawa disebabkan kerjayanya memerlukan beliau merawat pesakit, melalui penampilannya itu mampu mengurangkan kesakitan daripada pesakit-pesakitnya kerana pesakitnya akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau serta pakaiannya. Saya sangat mengagumi dengan personaliti Ibu Faridah yang sangat sukar dijumpai dalam masyarakat kini.
Ulasan:
Jika ditilik ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris iaitu “Don’t Judge Book By Its Cover”, situasi ini amatlah sesuai sekali.  Masyarakat mudah mengeluarkan persepsi mereka tanpa mengetahui punca serta hal yang sebenar. Segala-galanya hanya dilihat melalui kulit luaran tanpa usul periksa.
Pergi ke pekan jumpa si nyonya,
Mencari angin untuk liburan,
Jangan dilihat hanya parasnya,
Namun hatinya jadi ukuran.

No comments:

Post a Comment

Cute Flying Pink Bird