Friday, February 21, 2014
Wednesday, April 24, 2013
Situasi 25
Situasi 25:
Pujuk-memujuk dan Pengaruhan
Situasi di pasar malam:
Penjual:
Adik comel, marilah singgah kat sini dulu. Kalau beli dua akak bagi harga ‘special’
untuk adik.
Saya:
Saya tak pakai tudung macam ni kak.
Penjual:
Cuba adik ‘try’ saje dulu. Mesti sesuai punya. Bukan senang nak jumpa ni dik.
Trend terbaru ni.
Setelah beberapa minit berhempas pulas dengan kakak tersebut, akhirnya
saya ‘terbeli’ juga 2 tudung daripada kakak tersebut. Selepas berkira-kira duit
yang digunakan semasa pasar malam tersebut, barulah timbul rasa menyesal dengan
kedua-dua tudung yang dibeli. Duit yang bertujuan untuk perbelanjaan seminggu
telah dibazirkan demi membeli tudung.
Dalam perniagaan,
penggunaan istilah pemujukan yang juga
dikenali dengan pengaruhan mampu mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan
dan pandangan pembeli. Dengan memanipulasikan emosi khalayak, penjual berharap
pendirian pembeli akan berubah lalu bertindak mengikut kehendak penjual. Pujukan
inilah yang mampu mempengaruhi pembeli untuk memberi kepercayaan kepada setiap
kata-kata oleh penjual dan seterusnya membeli barang tersebut.
Ulasan:
Pembeli
perlu berhati-hati dengan bahasa iklan serta pemujukan dalam perniagaan untuk
mengelakkan ditipu oleh sesetengah pihak yang pandai mempengaruhi pembeli.
Sudah banyak kes penipuan yang melibatkan pembeli yang tertipu daya dengan bahasa
iklan yang telah digunakan penjual.
Situasi 24
Situasi 24:
Nilai seorang ‘Datuk’
![]() |
Datuk Shah Rukh Khan |
Seorang teman saya telah
menceritakan pengalamannya bekerja di sebuah hospital Swasta di Ibu Kota Kuala
Lumpur. Sepanjang bekerja di hospital
tersebut, dia telah menceritakan bahawa dia pernah mendapat aduan daripada
seorang pesakit di situ kerana hanya
memanggilnya dengan panggilan Dr. sahaja, sedangkan pesakit tersebut telah
berpangkat Datuk Dr. Ali (bukan nama sebenar). Nasib menyebelahi teman saya
tersebut kerana menyelesaikan masalah tersebut secara baik dengan Datuk
tersebut.
Datuk ialah gelaran kehormat
bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan
Persekutuan, yakni oleh Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Negeri yang tidak
mempunyai sultan dan diketuai oleh Yang Dipertua seperti Melaka, Sarawak dan
Sabah. Hanya semata-mata tidak disebut gelaran kehormat kepada ‘Datuk’
tersebut, beliau telah memperbesarkan isu tersebut. Sedangkan terdapat
sesetengah yang menerima anugerah ‘Datuk’ bersikap merendah diri dengan
penggunaan ‘Datuk’ dalam kehidupannya.
Ulasan:
Jangan terlalu berbangga dengan anugerah yang
diperolehi. Bukan anugerah itu yang menentukan perjalanan hidup kita akan
datang. Hakikatnya, setiap manusia pasti
akan mengalami turun naik dalam kehidupan.
Situasi 23
Situasi 23:
Silap Tulis, Silap Makna
Ketika saya membelek satu persatu muka akhbar
yang diberikan oleh teman saya semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas,
tiba-tiba saya ternampak satu perkataan yang menarik perhatian saya.
Ini
boleh mendatangkan persepsi negatif oleh setiap pembaca akhbar memandangkan
perkataan tersebut turut tergolong dalam bahasa kasar. Penulis tersebut seharusnya lebih bersifat
peka dengan hasil tulisan olehnya serta . Kesilapan seperti ini boleh
merosakkan nilai bahasa laras akhbar yang bersifat formal dalam menyampaikan
berita semasa kepada masyarakat-masyarakat sekeliling.
Ulasan:
Mungkin kesalahan ejaan serta ayat dalam akhbar
dikatakan biasa berlaku. Namun sekiranya ianya dipandang remeh oleh masyarakat
sekeliling, boleh mengakibatkan nilai bahasa turut dipandang rendah oleh anak-anak
muda pada masa kini.
Situasi 22
Situasi 22:
Bahasa Kiasan
Dialog antara saya dan teman sebilik saya:
Kawan: Ema, nie buku kau kan?
Saya:
Sudah Gaharu Cendana Pula, Sudah tahu Bertanya Pula. Kan ada nama aku kat atas
buku tuh.
Kawan:
Ya, Sudah Terang Lagi Bersuluh. Dah tu ambiklah buku kau ni. Jangan letak
merata-rata.
Bahasa kiasan ialah perkataan
atau ungkapan yang digunakan dalam makna yang berlainan daripada makna sebenar
atau makna biasa perkataan itu. Antara contoh bahasa kiasan ialah peribahasa,
simpulan bahasa, bidalan, pepatah, perbilangan, dan perumpamaan. Bahasa kiasan digunakan
oleh masyarakat untuk menggambarkan sesuatu perkara dengan perkara-perkara yang
indah serta menyindir seseorang itu dengan menggunakan kata-kata tersirat yang
bersifat berbunga-bunga. Bentuk bahasa Kiasan ini menunjukkan betapa indah dan
uniknya bahasa yang digunakan serta mengandungi nilai estetika warisan Melayu. Penggunaan
bahasa Kiasan dalam kehidupan seharian didapati semakin berkurangan selaras
dengan kemajuan serta peredaran zaman.
Ulasan:
Pada ketika dahulu, bahasa Kiasan merupakan
antara bahasa halus yang digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.
Penggunaannya adalah untuk berhati-hati tanpa menyakiti serta antara teknik
kesopanan ketika menegur seseorang.
Situasi 21
Situasi 21:
Rujukan hormat Penerima
surat.
Salah seorang sahabat saya
daripada fakulti lain telah merujuk kepada saya mengenai panduan menulis surat
rasmi kepada seorang Menteri. Dia berasa tidak yakin dengan penggunaan ayat
yang telah digunakan serta rujukan kehormat kepada pihak menteri tersebut.
Setelah diterangkan penggunaan bahasa
halus perlu ditekankan dalam surat tersebut serta mengenai beberapa panduan
rujukan kehormat, sahabat saya mula memahaminya dan dapat menulisnya dengan
tepat.
Rujukan kehormat berbeza setiap pangkat di negara kita. Berikut
merupakan panduan yang perlu diketahui oleh masyarakat:
Yang
Mulia – Digunakan untuk orang yang bergelar warisan, iaitu dipusakai
secara turun temurun.
Yang
Amat Berhormat – Ditujukan kepada Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Yang
Berhormat – Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, anggota
Parlimen, Senator, anggota Dewan Undangan Negeri dan anggota Majlis Mesyuarat
Kerajaan.
Yang
Amat Arif – Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo.
Yang
Arif – Hakim-hakim lain.
Yang
Amat Berbahagia – Tun, Toh Puan dan isteri Tuan Yang Terutama
Yang di- Pertua Negeri.
Yang
Berbahagia – Tan Sri, Puan Sri, Dato’ Seri, Datin Seri, Datuk, Datin, Datuk
Paduka dan Datin Paduka.
Yang
Amat Berusaha – Pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi
tidak mempunyai apa-apa gelaran.
Yang Berusaha –
pegawai tinggi kerajaan yang biasa.
Ulasan:
Penggunaan rujukan kehormat memperlihatkan
kesantunan berbahasa yang tinggi digunakan dalam masyarakat masih dijalankan di dalam negara
kita. Aspek kesantunan berbahasa ini merupakan warisan bangsa Melayu yang telah
wujud sejak dahulu lagi. Oleh itu, penggunaan bahasa halus yang digunakan
dengan penuh hormat, bersopan santun dan beradab tertib.
Subscribe to:
Posts (Atom)